Wednesday, November 18, 2009

Cuti Sekolah 2010



*************************************************************
Kalendar Persekolahan Tahun 2010 / School Calendar Year 2010
*************************************************************








Wednesday, November 11, 2009

Rukun Negara

Prinsip Rukun Negara Cetak E-mail

Rukunegara adalah ikrar pegangan negara yang dijadikan garis panduan dalam usaha membina negara dan bangsa Malaysia. Ia telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong keempat. Ikrar Rukunegara adalah seperti berikut:


Bahawasanya, Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:



*Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;

*Memelihara satu cara hidup demokratik;

*Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dinikmati bersama secara adil dan saksama;

*Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;

*Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;



Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:




*Kepercayaan kepada Tuhan


*Kesetiaan kepada Raja dan Negara


*Keluhuran Perlembagaan


*Kedaulatan Undang-Undang


*Kesopanan dan Kesusilaan


[English version]

Principles of Rukun Negara

Malaysia’s national ideology, the Rukunegara was formulated with the purpose to serve as a guideline in the country’s nation-building efforts. The Rukunegara was proclaimed on August 31, 1970 by the Yang di-Pertuan Agong IV. The pledge of the Rukunegara is as follows:

Our Nation, Malaysia is dedicated to:

*Achieving a greater unity for all her people;
*Maintaining a democratic way of life;
*Creating a just society in which the wealth of the nation shall be equitably distributed;
*Ensuring a liberal approach to her rich and diverse cultural tradition,
*Building a progressive society which shall be oriented to modern science and technology.


We, the people of Malaysia, pledge our united efforts to attain these ends, guided by these principles:


*Belief in God.
*Loyalty to King and Country.
*Supremacy of the Constitution.
*The Rule of Law.
*Mutual respect and good social behaviour.


Peringatan bersama..............


Wednesday, October 7, 2009

Anugerah perkhidmatan cemerlang 2008

Diumum pada tahun ini.....

Tahniah diucapkan kepada:

1) En long mohd.
2) En nazaraly.
3) Pn rozana.
4)Pn suhaily.
5)Pn zawiyah.
6)Pn zeti marzita.

Semoga terus cemerlang...

Cuti sekolah 2010

Sesi persekolahan tahun depan akan bermula pada 3 Januari bagi Kedah, Kelantan serta Terengganu, dan negeri-negeri lain pula pada hari berikutnya iaitu 4 Januari, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Beliau berkata, cuti penggal pertama pula akan bermula dari 12 hingga 20 Mac bagi Kedah, Kelantan dan Terengganu, sementara bagi negeri lain pada 13 hingga 21 Mac.

"Sementara itu cuti pertengahan tahun pula bermula dari 4 hingga 19 Jun bagi ketiga-tiga negeri itu, dan negeri lain bermula pada 5 hingga 20 Jun," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di sini, hari ini.

PMR bermula ....

Selamat menghadapi pmr besok. jwp dgn baik dan tenang...
selamat maju jaya.

Monday, July 20, 2009

PAMERAN MATEMATIK DAN SAINS SEMPENA BULAN SAINS DAN MATEMATIK

Semua dijemput hadir ke :
1. Pameran Matematik
Tempat : Makmal Fizik
Tarikh : 21.7.2009
2. Pameran Sains
Tempat : Makmal Kimia
Tarikh : 21.7.2009

Saturday, July 11, 2009

Takwim Peperiksaan 2009.

Kalendar Persekolahan 2009.

Mesyuarat Guru Kali Ke 8

Mesyuarat Guru Kali ke 8
Tempat : Bilik Mesyuarat
Tarikh : 12 Julai 2009
Hari : Ahad
Masa : 2.30 petang

KEM KECEMERLANGAN PMR FASA 2

HARI : KHAMIS
TARIKH : 9 JULAI 2009
MASA : 3.00 - 5.00 PTG
TEMPAT : DEWAN IBNU SINA
SUBJEK : GEOGRAFI

HARI : JUMAAT
TARIKH : 10 JULAI 2009
MASA : 8.00 - 12.00 TGH
TEMPAT : DEWAN IBNU SINA
SUBJEK : MATEMATIK DAN SEJARAH

HARI : SABTU
TARIKH : 11 JULAI 2009
MASA : 8.00 - 12.00 TGH
TEMPAT : DEWAN IBNU SINA
SUBJEK : SAINS DAN KEMAHIRAN HIDUP

Friday, July 3, 2009

Lokasi sekolah dan penjenamaan semula


Pelan lokasi dari bandar kuala terengganu ke sekolah dato razali ismail.









Hari ini dalam sejarah......

16 Januari, 2009 22:41 PM

Pengisytiharan Nama Datuk Razali Ismail Pada Dua Institusi

KUALA TERENGGANU, 16 Jan (Bernama) -- Hasrat untuk mengabadikan nama bekas Timbalan Menteri Pelajaran Allahyarham Datuk Razali Ismail sebagai menghargai jasa dan sumbangan beliau semasa hayatnya, direalisasikan, Jumaat.

Pada majlis di Institut Pendidikan Guru Kuala Terengganu di sini, nama Institut Pendidikan Guru Kampus Kuala Terengganu ditukar kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Datuk Razali Ismail dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar ditukarkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Razali Ismail.

Pengisytiharan itu dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika berucap pada majlis tersebut, beliau berkata pertukaran nama dua institusi pendidikan itu amat wajar dan tepat sebagai mengenang jasa dan pengorbanan seorang anak watan yang telah banyak berjasa terhadap bidang pendidikan di negara ini, khususnya di Terengganu.

"Keputusan Kementerian Pelajaran untuk menamakan dua institusi ini dengan nama adalah amat dekat dan amat tepat sekali.

"Mudah-mudahan dengan nama ini sudah terpahat pada Sekolah Menengah Bandar dan Institut Pendidikan Guru Kuala Terengganu, maka kenangan kepada Datuk Razali Ismail akan kekal abadi di kalangan kita dan generasi akan datang," katanya.

Beliau juga berkata kerajaan akan mengkaji segala pemikiran serta gagasan Allahyarham Razali dalam bidang pendidikan untuk diterjemahkan dalam bentuk tindakan dan pelaksanaan sekiranya didapati mendatangkan manfaat kepada bidang itu.

"Allahyarham adalah seorang yang berwawasan, mampu untuk berfikir dengan tajam dan bernas, mengeluarkan idea-idea serta gagasan yang amat berguna," katanya.

Suasana dalam dewan yang pada awalnya ceria ketika menyambut ketibaan Timbalan Perdana Menteri bertukar menjadi sayu semasa klip video sejarah perjuangan dan pengkisahan allahyarham Razali ditayangkan dengan ada antara tetamu dilihat mengesat air mata.

-- BERNAMA