
*************************************************************
Kalendar Persekolahan Tahun 2010 / School Calendar Year 2010
*************************************************************
Prinsip Rukun Negara | | |
Rukunegara adalah ikrar pegangan negara yang dijadikan garis panduan dalam usaha membina negara dan bangsa Malaysia. Ia telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong keempat. Ikrar Rukunegara adalah seperti berikut: | ||
Bahawasanya, Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: | ||
*Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; | ||
*Memelihara satu cara hidup demokratik; | ||
*Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dinikmati bersama secara adil dan saksama; | ||
*Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; | ||
*Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; | ||
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: | ||
*Kepercayaan kepada Tuhan | ||
*Kesetiaan kepada Raja dan Negara | ||
*Keluhuran Perlembagaan | ||
*Kedaulatan Undang-Undang | ||
*Kesopanan dan Kesusilaan [English version] Principles of Rukun Negara Malaysia’s national ideology, the Rukunegara was formulated with the purpose to serve as a guideline in the country’s nation-building efforts. The Rukunegara was proclaimed on August 31, 1970 by the Yang di-Pertuan Agong IV. The pledge of the Rukunegara is as follows: Our Nation, Malaysia is dedicated to: *Achieving a greater unity for all her people; *Maintaining a democratic way of life; *Creating a just society in which the wealth of the nation shall be equitably distributed; *Ensuring a liberal approach to her rich and diverse cultural tradition, *Building a progressive society which shall be oriented to modern science and technology. We, the people of Malaysia, pledge our united efforts to attain these ends, guided by these principles: *Belief in God. *Loyalty to King and Country. *Supremacy of the Constitution. *The Rule of Law. *Mutual respect and good social behaviour. Peringatan bersama.............. |
16 Januari, 2009 22:41 PM
Pengisytiharan Nama Datuk Razali Ismail Pada Dua Institusi
KUALA TERENGGANU, 16 Jan (Bernama) -- Hasrat untuk mengabadikan nama bekas Timbalan Menteri Pelajaran Allahyarham Datuk Razali Ismail sebagai menghargai jasa dan sumbangan beliau semasa hayatnya, direalisasikan, Jumaat.
Pada majlis di Institut Pendidikan Guru Kuala Terengganu di sini, nama Institut Pendidikan Guru Kampus Kuala Terengganu ditukar kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Datuk Razali Ismail dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar ditukarkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Razali Ismail.
Pengisytiharan itu dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketika berucap pada majlis tersebut, beliau berkata pertukaran nama dua institusi pendidikan itu amat wajar dan tepat sebagai mengenang jasa dan pengorbanan seorang anak watan yang telah banyak berjasa terhadap bidang pendidikan di negara ini, khususnya di Terengganu.
"Keputusan Kementerian Pelajaran untuk menamakan dua institusi ini dengan nama adalah amat dekat dan amat tepat sekali.
"Mudah-mudahan dengan nama ini sudah terpahat pada Sekolah Menengah Bandar dan Institut Pendidikan Guru Kuala Terengganu, maka kenangan kepada Datuk Razali Ismail akan kekal abadi di kalangan kita dan generasi akan datang," katanya.
Beliau juga berkata kerajaan akan mengkaji segala pemikiran serta gagasan Allahyarham Razali dalam bidang pendidikan untuk diterjemahkan dalam bentuk tindakan dan pelaksanaan sekiranya didapati mendatangkan manfaat kepada bidang itu.
"Allahyarham adalah seorang yang berwawasan, mampu untuk berfikir dengan tajam dan bernas, mengeluarkan idea-idea serta gagasan yang amat berguna," katanya.
Suasana dalam dewan yang pada awalnya ceria ketika menyambut ketibaan Timbalan Perdana Menteri bertukar menjadi sayu semasa klip video sejarah perjuangan dan pengkisahan allahyarham Razali ditayangkan dengan ada antara tetamu dilihat mengesat air mata.
-- BERNAMA